TMM2024: Melaka anjur dua kejohanan golf antarabangsa

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 29 Ogos – Kerajaan Negeri akan menganjurkan dua kejohanan golf antarabangsa secara besar-besaran pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron berkata, penganjuran kejohanan tersebut akan melibatkan ramai peserta tempatan dan luar negara.

Justeru, katanya, kejohanan itu akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan pada tahun hadapan.

“Kita telah merancang pelbagai aktiviti melibatkan sektor pelancongan sukan antaranya dua kejohanan besar melibatkan penyertaan dari negara-negara luar.

“Kejohanan golf itu dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan dan hujung tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kejohanan Kejohanan UUMISM Chief Minister’s Cup International Junior Match Play 2023 di Ayer Keroh Country Club (AKCC), di sini, semalam.

photo1693221541
SHANMUGAM menyempurnakan gimik perasmian kejohanan berkenaan. Foto: MR. AZLI

Majlis tersebut telah dirasmikan Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam.

Mengulas lanjut, Sa’ari berkata dua kejohanan tersebut akan diperincikan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

“Setakat ini, kedua-dua kejohanan golf antarabangsa ini telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri, namun perincian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kita berharap kejohanan remaja Piala Ketua Menteri seumpama ini akan dilaksanakan lagi pada tahun hadapan dengan penyertaan lebih ramai peserta dari luar negara kerana ia juga berupaya mampu menarik pelancong khususnya dari luar negara ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1618
Kongsi :
Previous post MKI bincang penggunaan kalimah Allah – Sultan Selangor
Next post Taman bunga saksi negara merdeka
Ubah saiz-+=