Taman bunga saksi negara merdeka

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad

BANDA HILIR 29 Ogos – Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta, tetapi merupakan antara destinasi pelancongan popular di Malaysia.

Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan dengan destinasi bersejarah yang mempunyai seni bina unik dan ada sesetengahnya pula berusia sehingga ratusan tahun lamanya.

Antara destinasi pelancongan menjadi tumpuan adalah di Taman Bunga Merdeka yang dirasmikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

photo1689323687
PAPAN tanda Taman Bunga Merdeka di Banda Hilir. Foto: MR. AZLI

Dahulunya taman ini dikenali Taman Merdeka dirasmikan pada 20 Februari 1956 oleh Tunku Abdul Rahman, bagi mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya) di Melaka, selepas pulang dari London.

Taman ini memang cantik dan redup, meskipun pada waktu tengah hari, menjadikannya sebagai tempat sesuai untuk bersantai.

TAMAN SEJARAH 1
KETENANGAN dan suasana nyaman sekitar taman sesuai untuk orang ramai beriadah. Foto MR AZLI

Ia juga berfungsi sebagai sebuah muzium luar dengan mempamerkan pelbagai jenis kenderaan seperti jentera bomba, kereta api dan pesawat udara.

Selain keindahan pokok dan landskap taman serta objek pameran, terdapat ‘historical landmarks’ iaitu kesan binaan Kota Melaka lama dari zaman Portugis.

TAMAN SEJARAH 8
RUNTUHAN Bastion Maurits. Foto MR AZLI

Di taman ini pengunjung dapat melihat kawasan penyelidikan arkeologi dan ekskavasi untuk mendedahkan keseluruhan binaan Kota Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1841
Kongsi :
Previous post TMM2024: Melaka anjur dua kejohanan golf antarabangsa
Next post Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia
Ubah saiz-+=