TMM2024: Melaka mendahului Kelantan

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 11 Julai – Penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menunjukkan impak positif dalam sektor pelancongan apabila negeri ini menjadi destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat Jun, sejumlah 7.7 juta pelancong direkodkan ke Melaka, di mana jumlah itu jauh mengatasi Kelantan yang turut menganjurkan tahun melawat negeri dengan 700,000 pelancong.

“Sebagaimana semua sedia maklum, selain Melaka, Perlis, Perak dan Kelantan juga menganjurkan Tahun Melawat negeri masing-masing. Di sini, berdasarkan data-data pelancong, kita dapat membuat perbandingan statistik kehadiran pelancong dengan Kelantan memandangkan hanya negeri Kelantan sahaja mengeluarkan data pelancongan terkini.

“Ini bermakna, pencapaian Kelantan tidak sampai 10 peratus daripada apa yang Melaka telah capai. Ini jelas menunjukkan manifestasi kebijaksanaan kita di Melaka dalam merangka program dan promosi menghebahkan keunikan negeri kita yang tercinta ini.

“Syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang sama-sama membantu memperhebat sektor pelancongan di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3434
Kongsi :
Previous post Melaka Sentral dibina semula hujung tahun ini
Next post Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal bilik sewa terbakar
Ubah saiz-+=