TMM2024: Melaka terima 3 juta pelancong setakat Mac

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TELOK MAS 1 April – Penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) ternyata memberi impak kepada sektor pelancongan negeri apabila merekodkan kehadiran tiga juta pelancong setakat ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, jumlah tersebut direkodkan setakat Januari hingga Mac tahun ini.

Menurut beliau, kejayaan tersebut diraih hasil pelbagai inisiatif yang dilakukan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Pelbagai indikator digunakan untuk merekodkan kehadiran pengunjung dan pelancong yang datang ke negeri ini. Saya percaya indikator tersebut akan dijelaskan sendiri oleh Ketua Menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan Bersama Pemimpin Masyarakat Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti KEMAS Telok Mas, di sini, semalam.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri yang turut menyempurnakan simbolik memotong pulut kuning bersempena setahun pentadbiran beliau pada 31 Mac.

Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem serta pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Kota Melaka.

Abdul Razak yang juga Adun Telok Mas memaklumkan, penganjuran TMM2024 bukan sahaja memberi impak kepada Negeri Melaka, bahkan limpahannya turut dirasai rakyat.

“Ini dapat dilihat pada 20 Februari lalu menerusi kemasukan percuma ke 11 produk pelancongan, ia memberi pulangan RM6 juta kepada rakyat dan peniaga.

“Ini jelas membuktikan bahawa Ketua Menteri seorang pemimpin yang berwawasan besar dan prihatin kepada ekonomi rakyat negeri ini secara keseluruhannya,” tambah beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

177
Kongsi :

2 thoughts on “TMM2024: Melaka terima 3 juta pelancong setakat Mac

Comments are closed.

Previous post MBMB sedia kaji syarat penganjuran bazar Aidilfitri
Next post Beri peluang anak muda jadi pelapis sebar dakwah
Ubah saiz-+=