
TNB sumbang RM25,000 kepada Yayasan Toh Puan Zurina
PENGKALAN BATU 3 Ogos – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menunjukkan komitmennya dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila tampil memberikan sumbangan demi kebajikan warga Melaka.
Terbaharu, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu menyerahkan sumbangan berjumlah RM25,000 kepada Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ).
Sumbangan itu diserahkan Chief Global Business Solution Officer (CGBSO) TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim kepada Ketua Pegawai Eksekutif YTPZ Datuk Wira Dr. Radhuana Salleh.
Hadir sama, Pengurus Besar TNB Negeri Melaka Khairizam Ibrahim.
TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan tersebut adalah bertujuan membiayai sebahagian kos rawatan yang dirancang yayasan berkenaan.
Dengan sumbangan itu, TNB dapat membantu YTPZ menyediakan lebih banyak peluang rawatan kepada pesakit kurang berkemampuan di negeri ini untuk mendapat rawatan yang berkualiti dan menikmati segala kemudahan yang disediakan.
“Diharap usaha murni TNB ini dapat membantu pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan di negeri ini,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
