Toh Puan Asmah rasmi Istiadat Konvokesyen Universiti Geomatika Malaysia

Masa Membaca:53 Saat

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Abdul Rahman merasmikan Istiadat Konvokesyen kali ke-15 2022 Universiti Geomatika Malaysia (UGM), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Canselor UGM tiba sekitar jam 9.30 pagi tadi sambil disambut Naib Canselor, Prof Dr Ismail Omar dan Presiden Kumpulan Geomatika, Prof. Datuk Sr Dr. Mohaizi Mohamad.

Majlis konvokesyen hari ini dijangka akan meraikan seramai kira-kira 800 graduan sarjana dan kedoktoran, sarjana muda, diploma serta sijil dan asasi.

Majlis berlangsung dengan sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan menerusi perarakan masuk pelajar dan keluarga sekitar jam 8 pagi tadi sebelum istiadat pengisytiharaan pembukaan dibuat sekitar jam 10 pagi.

Istimewa, majlis konvokesyen yang mengetengahkan aspirasi ‘Transformasi Bakat’ ini adalah julung kali diadakan selepas Geomatika mencapai status universiti penuh pada 23 September tahun lalu.

Dengan bertemakan Shaping 25: Imagining Education, ia selaras merealisasikan pelan strategik dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membangunkan program yang lebih berdaya saing dan memenuhi permintaan industri semasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1987
Kongsi :
Previous post Tajuk-tajuk Utama Akhbar, Rabu 15 Jun 2022
Next post PM ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023
Ubah saiz-+=