TS35 bukti Melaka utamakan kesepakatan, kepentingan rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MELAKA 22 Sept – Inisiatif kerajaan negeri membuat tawaran baharu dengan memperkenalkan Transformasi Sejahtera Politik dan Pentadbiran 2035 (TS35) membuktikan kesepakatan dalam mengurus tadbir dan mengutamakan keperluan rakyat berbilang kaum.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri, Nurashiqin Alias berkata, apabila semua parti politik, sama ada kerajaan atau pembangkang mencapai kesepakatan, maka semua matlamat dapat dicapai.

Menurutnya, sekiranya semua bermuafakat dan bekerjasama, matlamat untuk membangunkan negara dan memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik pasti akan tercapai.

“Memang wujud percanggahan dalam beberapa isu dalam kalangan parti politik, tetapi ia tidak menghalang usaha ke arah menjamin kesejahteraan rakyat seperti inisiatif memperkenalkan alternatif TS35 ini.

“Walaupun ada masa berbeza pandangan, dalam suasana pandemik COVID-19 ini marilah kita bersama berganding bahu menangani isu yang berlaku,” katanya ketika dihubungi MHI.

Nurashiqin berkata, inisiatif kerajaan negeri dan usaha kerajaan pusat memperkenalkan Keluarga Malaysia amat bertepatan dengan keadaan sekarang ini.

Katanya, sikap terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan melibatkan seluruh ahli parlimen dalam takbir urus kerajaan terutama berkaitan usaha menangani pandemik dan memulihkan ekonomi rakyat sewajarnya mendapat sokongan seluruh rakyat dan kepimpinan semua parti politik.

“Peluang yang wujud ini harus digunakan sebaik mungkin oleh semua pihak termasuk pembangkang demi memastikan perancangan kerajaan dapat direalisasikan dengan jaya dan akhirnya manfaat bakal dirasai oleh Keluarga Malaysia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1050
Kongsi :
Previous post RM593 juta dibelanja bagi perolehan darurat peralatan hospital rawat COVID – Khairy
Next post Program pemberian vaksin remaja lancar
Ubah saiz-+=