Tuah pelajar cuba nasib cipta video bawa pulang RM1,000

Masa Membaca:58 Saat

ALOR GAJAH 30 Mei – Meskipun sekadar mencuba nasib, tuah ternyata milik, Max Raynold Sapaun, 21, selepas diumumkan Juara Kategori Videografi, Pertandingan Fotografi dan Videografi Warna-Warni Alor Gajah 2023.

Katanya, penyertaan dalam pertandingan itu adalah untuk mengasah bakatnya dalam bidang berkenaan selepas menyertai sebuah kelab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu.

Menurutnya, selepas setahun dia semakin cenderung terhadap bidang itu dan persetujuan rakan mereka sepakat untuk menyertai pertandingan berkenaan.

Penuntut kursus Teknologi Maklumat ini berkata, dia mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan video berkenaan.

“Saya mahu berikan yang terbaik kerana tahu, pesaing kami adalah mereka lebih berpengamalan. Kali ini juga agak mencabar kerana pertandingan adalah terbuka.

“Sehari suntuk saya habiskan masa untuk proses penggambaran sekitar Alor Gajah, bukan senang kerana mahu cari lokasi tarikan dan budaya yang unik,” katanya.

Terdahulu, penyampian hadiah Pertandingan Fotografi dan Videografi Warna-Warni Alor Gajah 2023 diadakan di Dataran Keris baru baru ini disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Zulkiflee Mohd Zin.

Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah itu adalah Yang Dipertua (Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Saifuddin Abdul Karim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1571
Kongsi :
Previous post Dapur baharu untuk pengusaha makanan kecil – Exco
Next post Penganjur perlu perincikan garis panduan
Ubah saiz-+=