
Tugas wakil rakyat tidak kira kawasan – Dr Akmal
SUNGAI RAMBAI 11 Jan – Biarpun dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Salleh tidak terkecuali turun padang membantu mangsa banjir yang terkesan di Kampung Seri Benteng Sungai Rambai.
Beliau berkata tugas seorang wakil rakyat bukan hanya di kawasan masing-masing, malah tanggungjawab untuk membantu rakyat tidak mengira waktu dan kawasan.
“Tugas wakil rakyat bukan hanya di kawasan masing-masing, tapi tanggungjawab membantu kepada semua orang tidak kira di mana mereka berada.
“Walaupun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau tiada kawasan yang terkesan banjir kali ini, tapi tidak bermakna kami duduk diam sahaja.
“Pagi ini (kelmarin) kita semua ke Kampung Seri Benteng di DUN Sungai Rambai untuk gotong-royong bantu bersihkan rumah orang kampung, kami bantu semampu kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
LEBIH 7,000 MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELAKA
DUYONG 25 Ogos - Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Negeri Melaka menghimpunkan lebih 7,000 peserta daripada 101 kontinjen, sekali gus...
40 KEDIAMAN ORANG ASLI DUN MACHAP JAYA AKAN DIBAIK PULIH
MACHAP JAYA 25 Ogos - Sebanyak 40 buah kediaman masyarakat Orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya...

