
Dira ambil perhatian mutu, prestasi sekolah
JASIN 11 Jan – “Semuanya nampak teratur dan pelajar juga gembira untuk kembali ke sekolah. Saya juga mengambil perhatian segala aduan yang dikemukakan untuk penambahbaikan mutu dan prestasi sekolah”.
Itu respon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah bagi melihat proses persekolahan bagi tahun 2022, semalam.
Pada lawatan itu Khaidhirah dimaklumkan hanya pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja yang bersekolah penuh secara fizikal, manakala pelajar tingkatan 1 hingga 4 secara sistem giliran.
“Seramai 977 pelajar yang bersekolah di SMK Iskandar Shah bersama tenaga pengajar berjumlah 91 orang yang diketuai oleh pengetuanya Puan Khairuniza Abu.
“Syabas saya ucapkan kepada SMK Iskandar Shah yang mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SAMBUT BAIK CADANGAN PENGGIAT SENI ANGKAT SEMULA RONGGENG RAKYAT SEBAGAI WARISAN BUDAYA
BANDA HILIR 3 Julai – Kerajaan Negeri Melaka menyambut baik hasrat dan cadangan penggiat seni tempatan untuk mengangkat semula seni...
MELAKA RIVER CRUISE TUAI PUJIAN, JADI MODEL PRODUK PELANCONGAN BERI IMPAK KEPADA KOMUNITI
BANDARAYA MELAKA 3 Julai - Kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelancongan yang ditawarkan Melaka River Cruise mendapat pujian Delegasi Jawatankuasa Pilihan...
EMPAT KOMITMEN MELAKA LESTARIKAN SENI DAN BUDAYA
BANDA HILIR 3 Julai - Kerajaan Melaka tidak pernah memandang seni dan budaya sebagai elemen pinggiran, sebaliknya diangkat sebagai teras...
SENI DAN BUDAYA BENTUK IDENTITI BANGSA
BANDA HILIR 2 Julai - Seni dan budaya adalah roh bangsa dan denyut nadi yang membentuk identiti kita sebagai rakyat...
HLN2025: PASUKAN LANDSKAP KOLEJ KOMUNITI SELANDAR HARUMKAN NAMA MELAKA
ASAHAN 3 Julai - Kolej Komuniti Selandar berjaya mengharumkan nama Negeri Melaka selepas membawa pulang kemenangan berganda pada sambutan Hari...
WRUR MEDAN PROMOSI, RANCAKKAN BIDANG TVET UNTUK ANAK MUDA
BEMBAN 2 Julai - Hari Terbuka TVET yang diadakan bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi medan untuk mempromosikan...