Tun Mohd Ali rasmi penutup Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 Apr. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam hadir ke Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Melaka 1442 Hijrah / 2021 Masihi yang berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, malam tadi.

Program tahunan itu diadakan bagi memilih peserta terbaik dalam bidang tilawah dan menghafaz al-Quran bagi mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan.

Terdahulu, Tun Mohd Ali bersama isteri Toh Puan Datuk Wira (Dr) Asmah Abd Rahman tiba di Auditorium Masjid Al-Azim pada jam 9.20 malam dan disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munira M. Yusop.

AZRAIE yang dinobat johan qari ketika memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Melaka.

Turut mengiringi ketibaan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan, Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Md Rawi Mahmud, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat dan lain-lain kenamaan.

Untuk rekod, pada tahun ini seramai 60 qari dan qariah seluruh negeri telah menyertai Majlis Tilawah al-Quran, dan daripada jumlah itu 12 qari dan lima qariah telah dipilih ke peringkat akhir.

Majlis menghafaz al-Quran yang terbahagi kepada tiga kategori (1-10 juzuk, 1-20 juzuk, 1-30 juzuk) telah menerima 95 penyertaan dari seluruh negeri membabitkan peserta berumur tujuh hingga 25 tahun.

Daripada jumlah itu 11 peserta lelaki dan sembilan peserta perempuan dipilih ke peringkat akhir berdasarkan jumlah markah tertinggi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1176
Kongsi :
Previous post Pasangan suami isteri dari Serkam johan Tilawah Al-Quran Melaka
Next post Polis tumpas kes jenayah ketika SJR
Ubah saiz-+=