Tun Mohd Ali santuni warga UTeM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

DURIAN TUNGGAL 29 April. – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman menghadiri Majlis Iftar bersama Tun Canselor UTeM di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), malam tadi.

Ketibaan beliau kira-kira jam 7 malam itu bagi beramah-mesra serta mengeratkan silaturahim bersama kakitangan UTeM.

SULAIMAN (kanan) mengiringi Tun Mohd Ali, ketika hadir Majlis Iftar bersama Tun Canselor UTeM di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM Durian Tunggal.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali bersama isteri Datin Seri Munira M.Yusop.

Majlis itu diadakan setiap tahun bagi menghayati Ramadan selain mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian sumbangan barangan keperluan harian kepada 30 pelajar UTeM daripada golongan memerlukan.

TUN Mohd Ali dan Sulaiman (tiga dari kanan) mengaminkan doa selepas solat Maghrib yang diimamkan oleh Abdul Halim di Majlis Iftar bersama Tun Canselor UTeM di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM.

Terdahulu Mohd Ali bersama isteri menunaikan solat Maghrib sebelum menjamu selera bersama jemputan yang hadir.

Hadir sama Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

693
Kongsi :
Previous post Japen Melaka perluas peranan IOW kepada komuniti
Next post ‘Apek’ tak merajuk’
Ubah saiz-+=