
Tun Salleh meninggal dunia
AYER KEROH 16 Jan. – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan meninggal dunia hari ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan iaitu, Wan Rohimi Wan Daud memaklumkan berita itu melalui akaun Facebooknya pagi ini.
“Assalamualaikum. Dengan amat dukacita, Ayahanda kami, Tun Mohd Salleh bin Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021,” katanya yang mendapat perkhabaran itu daripada anak-anak Allahyarham.

Semalam, media melaporkan Mohamed Salleh disahkan positif COVID-19 dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus yang turut mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM TAMPIL BANTU PESAKIT SINDROM STEVENS-JOHNSON
KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...
TANJUNG BIDARA KEMBALI GEMILANG, TERSOHOR
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai antara destinasi pelancongan terkenal di Melaka terus diperkasakan menerusi...
BERAS MELAKA: DARI SAWAH KE MEJA MAKAN RAKYAT
AYER KEROH 2 Oktober - Dari sawah yang diusahakan pesawah tempatan hingga ke meja makan rakyat, inisiatif Beras Melaka terus...
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...

