Tunggu laporan penuh petani, penternak terkesan banjir – EXCO

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 24 Jun – Kerajaan negeri sedang menunggu laporan penuh mengenai petani dan penternak terjejas berikutan banjir kilat yang berlaku di negeri ini, semalam.

EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ia bagi memudahkan pihaknya memohon bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membantu mereka yang terlibat.

“InsyaAllah kita cuba mana yang mampu untuk bantu petani dan penternak ini, kita kena lihat serta akan buat laporan untuk salurkan kepada pihak kementerian.

“Tapi setakat ini apa yang kita tahu tidak ada bantuan khusus kepada mereka yang terlibat dalam bencana banjir ini. Kita ada terima aduan tapi perlu dapatkan laporan penuh daripada jabatan pertanian, anggaran kerugian juga saya masih belum terima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jom Makan Pesta Durian ‘Makan Sampai Puas’ di Hotel MITC di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau meminta supaya petani atau penternak yang terjejas segera melaporkan kerugian kepada Jabatan Pertanian Negeri.

“Mereka boleh buat laporan di jabatan pertanian Negeri Melaka dan kalau sukar sangat boleh buat di jabatan pertanian setiap daerah masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

683
Kongsi :
Previous post 73 laporan palsu babitkan hilang kad pengenalan diterima di Gombak – Polis
Next post Polis Perlis patahkan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar tidak sah
Ubah saiz-+=