Turap semula jalan perhubungan kampung

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER LIMAU 19 April – Jalan perhubungan desa ke kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau akan dibaik pulih sekali gus memberikan keselesaan kepada penduduk di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sejumlah peruntukan DUN pula akan digunakan untuk menerangi laluan berkenaan menggunakan lampu solar.

“Jalan perhubungan desa banyak sudah uzur jadi kita akan selenggara termasuk menurap semula jalan berkenaan agar permukaannya rata.

“Antara lokasi dikenal pasti setakat ini adalah Jalan Pelekuk, Jalan Haji Hasan dan Jalan Seberang Perai. Jalan-jalan ini merupakan jalan perhubungan desa yang sudah lama tidak diselenggara.

“Ada juga jalan perhubungan desa ini gelap pada waktu malam jadi kita akan pasang lampu jalan solar di situ untuk keselesaan penduduk,” katanya kepada Melaka Hari Ini

Mengulas lanjut, beliau berkata sepanjang bulan Ramadan ini kesemua sembilan Masjid dan 26 surau dalam DUN itu melaksanakan edaran bubur lambuk.

Katanya, penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf dan tidak berkemampuan dijalankan oleh kepimpinan masyarakat yang dipecahkan kepada empat zon.

“Empat Zon dalam DUN ini kita bahagi mengikut nama kepimpinan masyarakat,seperti Zon Tan Seri Rahman Arshad, zon Abu Seman, Zon Gading Ali, dan Zon Ali Majid.

“Pembahagian mengikut zon ini memudahkan urusan penyerahan sumbangan kitatidak mahu ada yang tertinggal.

“Pelbagai aktiviti kita laksanakan untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira usia sepanjang Ramadan di semua masjid dan surau dalam DUN Ayer Limau ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

727
Kongsi :
Previous post Tiada paksaan ambil dos penggalak kedua – Khairy
Next post The Oak Kopitiam himpun 135 hidangan tradisional
Ubah saiz-+=