The Oak Kopitiam himpun 135 hidangan tradisional

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 April – Kena dengan tema digunakan iaitu Juadah Berbuka Santapan Warisan, The Oak Kopitiam, Hotel The Pines, mengimbau kenangan berbuka puasa sambil menjamah masakan tradisional di kampung.

KAMBING golek menjadi menu utama dalam Iftar Bufet Ramadan di The Pines Hotel, Melaka. Foto: MR. Azli

Pengurus Makanan dan Minuman Hotel The Pines, Yong Chan Seng berkata, 135 hidangan makanan tradisional pelbagai kaum bermula menu utama hinggalah pencuci mulut dihimpunkan di restoran itu bagi memastikan kepuasan hati pelanggan.

Beliau berkata, antara masakan disediakan adalah siput sedut masak lemak, pucuk paku masak lemak, asam pedas, nasi kerabu, pelbagai jenis ulaman dan kerabu.

“Pelanggan diluar sana jom berbuka di restoran kami yang memulakan operasi sejak 8 April, keluasan yang ada mampu memuatkan sehingga 160 orang.

“Harga yang ditawarkan begitu berpatutan iaitu RM118 buat seorang dewasa manakala kanak-kanak pula RM59.

“Pihak kami turut menawarkan promosi yang sah sehingga 1 Mei depan dengan memberi satu kemasukan percuma bagi pembelian lima baucar. Manakala tiga kemasukan percuma juga diberikan bagi individu yang membeli 10 baucar berbuka puasa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

HIDANGAN gula-gula kapas menjadi menu tarikan kanak-kanak dalam Iftar Bufet Ramadan di The Pines Hotel, Melaka. Foto: MR. Azli

Beliau berkata, sambil menjamah hidangan pelanggan dihiburkan dengan dendangan lagu klasik tradisional selain berpeluang mendapatkan gambar secara percuma di ruangan bergambar yang disediakan pihak hotel.

Juadah berbuka Santapan Warisan di The Oak Kopitiam, Hotel The Pines kini beroperasi dari 6.30 petang hingga 10 malam.

HIDANGAN kuih-muih tidak ketinggalan bagi menu berbuka puasa dalam Iftar Bufet Ramadan di The Pines Hotel, Melaka. Foto: MR. Azli

Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian, 06-2402323 atau emel ke talian [email protected].

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6987
Kongsi :
Previous post Turap semula jalan perhubungan kampung
Next post Pemaju janji segera baiki kerosakan Taman Bukit Tambun
Ubah saiz-+=