Pemaju janji segera baiki kerosakan Taman Bukit Tambun

Masa Membaca:58 Saat

DURIAN TUNGGAL 19 April – Kerajaan negeri memberi jaminan pemaju akan menyegerakan segala aduan berkaitan kerosakan kediaman penduduk di Taman Bukit Tambun.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan berkata, setakat ini kerja-kerja pembaikan kerosakan teknikal dalam pembinaan perumahan giat dijalankan pemaju

“Pemaju telah menjalankan kerja-kerja pembaikan berjadual sejak menerima banyak aduan penduduk sejak awal tahun lalu, tinjauan mengenal pasti kerosakan dibuat sebelum pembaikan dijalankan.

“Setakat ini, lebih 700 buah rumah di Fasa 1 telah dibaiki dengan sebanyak 1,036 buah rumah yang mengadu akibat kerosakan teknikal dalam pembinaan perumahan berkenaan.

“Manakala, pada Fasa 2 ia membabitkan kira-kira 700 buah rumah dan lebih 600 buah sedang dibaiki pemaju berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zaidi berkata, sejak menerima aduan pada awal tahun lalu kerajaan negeri mengarahkan pemaju turun padang berdepan dengan penduduk bagi menyelesaikan segera permasalahan yang timbul.

“Sejak awal tahun kita menerima banyak aduan berkaitan kerosakan lantai, tombol pintu, tandas, kawasan belakang rumah dan siling.

“Tindakan pantas telah diambil kerajaan negeri, perbincangan diadakan antara pemaju dan penduduk bagi mengatasi masalah ini, ia sedang dilaksanakaan secara berperingkat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

965
Kongsi :
Previous post The Oak Kopitiam himpun 135 hidangan tradisional
Next post Rugi RM20,000 sarang kelulut dimusnah beruang
Ubah saiz-+=