TYT curi tumpuan lapah daging korban di Istana Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 11 Julai – Yang di-Pertua negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam memeriahkan Program Ibadah Korban Istana Melaka apabila turut sama dalam gotong-royong program itu hari ini.

Beliau tiba bersama isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman tepat jam 10 pagi pada program diadakan di lot parkir Istana Melaka itu sebelum menyantuni kakitangan istana yang bergotong-royong dalam ibadah korban yang menumbangkan tiga ekor lembu.

Tun Mohd Ali mencuri perhatian apabila turut bersama-sama melapah daging lembu yang disembelih sebelum dibungkus untuk diagihkan kepada kakitangan terlibat.

TUN Mohd Ali mengagihkan daging lembu dan tulang rusuk kepada 100 kakitangan Istana Melaka terlibat pada penutupan program berkenaan.

Program diadakan bermula jam 7 pagi tadi juga membabitkan seramai 70 ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) membabitkan kerjasama beberapa kakitangan agensi lain termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.

Program tersebut turut dihadiri EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Kalsom Nordin.

Sejurus gotong royong itu selesai diadakan, Tun Mohd Ali bersama isteri dan tetamu lain mengagihkan kira-kira 100 bungkusan daging yang dibungkus berasingan bersama tulang rusuk kepada semua kakitangan yang terlibat dalam majlis berkenaan.

Difahamkan, lebihan agihan itu juga akan disampaikan kepada penduduk terdekat membabitkan di Taman Tiong Emas, Bukit Katil dan penduduk di sekitar Istana Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1302
Kongsi :
Previous post Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pagi ini
Next post Reman lelaki disyaki bunuh isteri, bayi disambung seminggu lagi
Ubah saiz-+=