TYT hadir ke Majlis Graduasi UNIMEL

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Disember – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menghadiri Majlis Jamuan Graduasi Universiti Melaka (UNIMEL) di sebuah restoran di sini malam tadi.

Tun Mohd Ali yang juga Canselor Universiti Melaka (UNIMEL) tiba di restoran terbabit kira-kira jam 8.30 malam.

Kehadiran beliau disambut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Naib Canselor Universiti Melaka (UNIMEL), Prof.Datuk Dr Mohd Taib Dora serta kenamaan lain.

Pada majlis makan malam itu, kira-kira hampir 100 graduan dan warga kerja UNIMEL sama-sama menghadiri majlis jamuan terbabit.

Img 2084
Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam (tiga dari kiri) memotong kek pada Majlis Jamuan Graduasi Universiti Melaka (UNIMEL) di Chan Mari Chan Muhibah Bistro, Melaka. Turut serta, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman (dua dari kiri) dan Naib Canselor Universiti Melaka (UNIMEL), Prof. Datuk Dr Mohd Taib Dora (empat dari kanan). Foto: MR. AZLI

Dimaklumkan majlis jamuan itu bertujuan meraikan graduan yang telah tamat pengajian pada Istiadat Konvokesyen UNIMEL Ke-25 pada 5 Disember.

Majlis itu turut diserikan dengan acara memotong kek yang dipersembahkan kepada Tun Mohd Ali sebagai tanda tahniah atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada 25 November lalu.

Persembahan artis undangan Ameng Spring turut menyerikan lagi majlis graduasi itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

945
Kongsi :
Previous post Melaka rangka pelbagai inisiatif tahun depan bantu nelayan
Next post UNIMEL perlukan anjakan paradigma untuk kekal relevan
Ubah saiz-+=