TYT, KM sertai bacaan Yasin dan munajat kesyukuran sempena Tahun Baharu 2022

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 31 Dis – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Munajat Kesyukuran sempena Tahun Baharu 2022.

Majlis yang diadakan di Masjid Al Azim itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Terdahulu, Tun Mohd Ali tiba di perkarangan masjid kira-kira jam 6.50 petang dan disambut Sulaiman bersama kenamaan yang hadir.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat dan lain-lain kenamaan.

Ia turut disertai kira-kira 300 jemaah yang hadir dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jemaah mengaminkan bacaan doa ketika hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Munajat Kesyukuran sempena Tahun Baharu 2022 di Masjid Al-Azim, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan Yasin yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Seterusnya, kesemua jemaah bersama-sama mengalunkan zikir munajat dan diakhiri dengan doa munajat yang dipimpin Imam Besar Masjid Al-Azim, Datuk Mohammad Hashim al-Hafiz.

Majlis penuh kesyukuran itu diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan bacaan doa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1006
Kongsi :
Previous post Kerajaan teruskan tarif elektrik semasa berkuat kuasa 1 Jan
Next post PM ajak rakyat cipta sinar baharu pada 2022
Ubah saiz-+=