
TYT prihatin nasib mangsa banjir, beri sumbangan
SUNGAI RAMBAI 26 Dis – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam mengadakan lawatan bagi melihat keadaan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, hari ini.
Ketibaan beliau kira-kira jam 12.20 tengahari itu disambut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman.
Pada lawatan itu Tun Mohd Ali sempat bertanya khabar kepada lapan keluarga yang terlibat dalam bencana banjir itu.
Beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin dan simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di DUN itu.

Dalam pada itu, Tun Mohd Ali turut berpesan kepada semua mangsa banjir agar tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Sejurus itu, Tun Mohd Ali meneruskan lawatan ke lokasi kedua bencana banjir iaitu di Lubok China.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
JANGAN BIAR DIABETES GELAPKAN PANDANGAN ANDA
Oleh: Dr. Yeoh Shao Yin (Serena) Pakar Mata Oriental Melaka Straits Medical Centre KENCING manis atau diabetes adalah penyakit yang...
BAN 0.6 KILOMETER KURANGKAN RISIKO BANJIR KAMPUNG GADEK, LEGAKAN 7,000 PENDUDUK
GADEK 14 Ogos – Pembinaan ban sepanjang 0.6 kilometer (km) membantu mengurangkan risiko kejadian banjir yang menghantui penduduk Kampung Gadek...
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
