Ubah stigma jabatan dan agensi kerajaan lambat bertindak, kena tunggu lama – KM

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SERI NEGERI 16 Januari – Stigma dan persepsi masyarakat mengenai jabatan atau agensi Kerajaan lambat bertindak atau perlu menunggu lama perlu diubah, itu tegas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata, penjawat awam perlu menyedari hakikat bahawa perkhidmatan awam pada hari ini bukan lagi berorientasikan pelanggan tetapi ia bersifat ‘citizen oriented’ yang bermaksud perkhidmatan menjurus kepada rangkuman seluruh rakyat.

Justeru, beliau mahu penyelesaian perkhidmatan mahupun penyelesaian aduan dapat disegerakan, seeloknya pada hari yang sama aduan dibuat.

“Soal inclusiveness dan keterangkuman inilah saya nak setiap penjawat awam faham dan hayati bahawa setiap apa yang kita tawarkan perkhidmatan, bermaksud kita sebenarnya menyantuni rakyat.

“Dalam ‘citizen oriented, setiap penyampaian mahupun parameter perkhidmatan yang diberikan kepada setiap rakyat adalah menjadi keutamaan. Penjawat awam perlu memahami aspek keterangkuman atau ‘inclusiveness’ dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat dan menyantuni setiap isu dengan berkesan.

‘Think fast and act fast’ itulah yang saya inginkan daripada seluruh warga kerja perkhidmatan awam Negeri Melaka. Ini adalah masa untuk saudara dan saudari mengambil tindakan dengan kadar segera supaya isu kelewatan tidak timbul yang boleh memberi kesan kepada kelancaran operasi di peringkat jabatan mahupun agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2023 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Zaidi Johari, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ketua-ketua jabatan serta agensi.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, 2023 merupakan tahun menyelesaikan isu oleh penjawat awam, seterusnya mengukur pencapaian setiap agensi dan jabatan.

Oleh yang demikian, beliau meminta mana-mana agensi yang masih belum menunjukan prestasi memuaskan akan diwajibkan untuk mengikuti kursus-kursus tadbir urus, tatakelola berkesan.

“Saya juga sudah arahkan YB SUK untuk membina sebuah dewan serbaguna di JKMM untuk tujuan latihan mahupun perhimpunan bulanan di masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1033
Kongsi :
Previous post ‘Rekayasa Perkhidmatan Demi Keberhasilan Optima’ jadi tema penjawat awam Melaka 2023
Next post Ubah stigma jabatan dan agensi kerajaan lambat bertindak, kena tunggu lama – KM
Ubah saiz-+=