Ulang Tahun ke-21 Bandaraya Melaka Bersejarah disambut penuh kesyukuran

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PAYA RUMPUT 9 Mei – Seramai 1,000 umat Islam hadir meraikan Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-21 Bandaraya Melaka Bersejarah Tahun 2024.

Majlis yang diadakan di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob, di sini, itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman serta tetamu lain.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Yasin, disusuli solat maghrib berjemaah yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Sambutan itu turut meraikan seramai 210 pelajar tahfiz di bawah pentadbiran MBMB yang menerima sumbangan wang tunai disampaikan Tun Dr. Mohd Ali.

Selain itu, empat sekolah tahfiz terlibat iaitu Madrasah Al Rabbaniyah Darul Ikhlas, Darul Ulum Al-Arabiyyah Al- Islamiyyah, Madrasah Al Quran dan Hadis, Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Telok Mas turut menerima sumbangan berjumlah RM1,000.

Sumbangan berjumlah RM2,000 dan RM3,000 turut diberikan kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tanjung Minyak dan Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob.

Program diakhiri dengan majlis jamuan makan malam dan solat isyak berjemaah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1209
Kongsi :
Previous post Melaka tuan rumah sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan, Ahad ini
Next post Melaka sedia lebih 20 program untuk belia
Ubah saiz-+=