
Umat Islam disaran laksana ibadah korban di rumah penyembelihan
TABOH NANING 18 Jun – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menggalakkan umat Islam menjalankan ibadah korban di rumah penyembelihan swasta mahupun kerajaan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, saranan itu berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
“Bukan saja semasa PKP dikuatkuasakan tetapi dalam keadaan sekarang pun kita masih harap dan menggalakkan ibadah itu dilaksanakan di rumah penyembelihan.
“Kita menjangkakan ibadah korban tahun ini dijalankan seperti tahun lalu dan difahamkan rumah sembelihan sudah mula menerima tempahan bukan saja daripada individu tetapi mereka mahu melaksanakannya secara berkelompok,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam Leong Hup di Tabuh Naning di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Badrul Hisham Mohd.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI LEBIH MERIAH BILA ADA ZON BEBAS KENDERAAN
KOTA LAKSAMANA 21 Oktober - Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir berjaya meningkatkan jumlah pengunjung ke Menara Taming Sari...
BN MAHU ‘BIRUKAN’ EMPAT DUN DALAM PARLIMEN HANG TUAH JAYA – RIDHWAN
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di kesemua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah...
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
