UMNO Bahagian Jasin sokong penuh pelantikan Ketua Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SUNGAI RAMBAI 21 Nov- UMNO Bahagian Jasin menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 malam tadi.

Ketuanya, Datuk Hasan Rahman berkata sokongan itu diberikan berikutan terdapat desas desus beberapa pihak yang tidak berpuas hati akan pelantikan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Jasin berkata, semua calon yang masuk bertanding dalam pilihan raya mempunyai cita-cita tersendiri namun perlu akur terhadap keputusan parti.

“Walaupun terdapat gelora seperti yg dikhabarkan tentang pelantikan Datuk Seri Utama Sulaiman sebagai ketua menteri, bagi saya itu isu biasa ibarat kocakan air di dalam cawan akhirnya diteguk sebagai minuman.

“Kerana semua calon yang menang dalam pilihan raya memang ada cita-cita tersendiri, namun apa yang menyenangkan saya adalah Sulaiman menjadi Ketua Menteri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Gerakan Sungai Rambai, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasan turut menasihati calon yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam untuk terus bersifat setia dan wala’ kepada aturan parti yang ditentukan.

“Kepada yang tidak dapat jadi ketua menteri, saya percaya ada jawatan lain yang akan ditempatkan, seperti jawatan Exco, speaker, dan senator.

“Kita buat sahaja kerja kita dan sebagai ahli parti, perlu setia dan wala’ kepada parti dan apabila sulaiman dililih sbgai pimpinan km meskipun ada gelora,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

709
Kongsi :
Previous post Kok Kiew letak jawatan Pengerusi DAP Melaka
Next post PAS Melaka masih bersahabat dengan UMNO
Ubah saiz-+=