PAS Melaka masih bersahabat dengan UMNO

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 21 Nov – “Sebenarnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini kita lebih kepada persahabatan, kita dah ambil pendirian awal tidak dibenarkan buat serangan kepada UMNO”.

Itu reaksi Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek apabila diminta mengulas mengenai keputusan PRN Melaka.

Dalam pilihan raya negeri penggal ke-15 itu, PAS yang bertanding atas logo Perikatan Nasional (PN) gagal memenangi sebarang kerusi.

Kamarudin berkata, meskipun tidak berada di bawah satu gabungan bersama UMNO pada PRN Melaka, prinsip Muafakat Nasional bersama UMNO masih lagi dikekalkan sehingga kini.

“Oleh kerana kita ambil prinsip masih mengekalkan Muafakat Nasional… isunya kita tidak boleh buat serangan kepada mereka sepanjang PRN ini dan kita kekal pada prinsip persahabatan itu walaupun bersama PN.

“Sebab tu kita tak ada buat serangan apa, jadi saya tiada isu lah, biarpun tidak mendapat satu kerusi dalam PRN Melaka.

“Apapun tahniah diucapkan kepada BN kerana memenangi PRN Melaka,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga bertanding bagi kerusi DUN Duyong tidak menafikan bahawa ada di antara ahli PAS yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di sebahagian kerusi.

“Dan saya juga tak nafikan memang ada ahli PAS atau sokongan PAS ini dia menyokong UMNO di sebahagian kerusi.

“Sama ada selepas ini PAS bersendirian yang mana tidak bersama Muafakat Nasional ke apa…ataupun PAS bersama dalam kerajaan kita tak tahu.

“Jadi gerak kerja parti masih kita jalankan, begitu juga kebajikan yang mana kita mampu kita buat lah di kawasan masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

885
Kongsi :
Previous post UMNO Bahagian Jasin sokong penuh pelantikan Ketua Menteri
Next post Parti diberi tempoh seminggu turunkan bendera, poster kempen
Ubah saiz-+=