Usaha basmi kemiskinan lebih difokuskan – PM

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LUMPUR 3 Okt – Usaha membasmi kemiskinan adalah fokus yang lebih diberi tumpuan di dalam semua sembilan fokus penting di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuklah meningkatkan taraf hidup ekonomi dan kumpulan B40 dan ekonomi penduduk miskin di luar bandar.

“Ini juga termasuk meningkatkan taraf hidup penduduk miskin di Sabah dan Sarawak misalnya. Bukan sahaja dari segi meningkatkan pendapatan mereka, tetapi menumpukan kepada meningkatkan keselesaan hidup mereka, terutamanya di Sabah dan juga di Sarawak.

“Negeri-negeri yang kurang maju iaitu enam negeri, Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu ini juga kita fokus.

“Maknanya bukan sahaja dari segi penduduk secara individu, penduduk yang B40 dan miskin, tetapi juga dari segi negeri pun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran Eksklusif Bersama Perdana Menteri #KeluargaMalaysia yang disiarkan di televisyen malam ini.

Menurut Perdana Menteri, negeri yang dianggap sebagai negeri agak kurang maju berbanding negeri lain, juga akan diberi fokus untuk majukan.

“Ini supaya kita tingkatkan taraf hidup penduduk yang miskin, dan juga negeri-negeri yang miskin, supaya akhirnya pembahagian kekayaan itu dapat diagih sama rata kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum, bangsa dan juga agama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post Oktober bermulanya peralihan fasa endemik
Next post Capai 90 peratus: Rakyat ke luar negara tak perlu mohon My­TravelPass – PM
Ubah saiz-+=