‘Usaha kembalikan kesejahteraan rakyat’ – PM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PUTRAJAYA 22 Ogos – Kerajaan berusaha mengembalikan kesejahteraan rakyat seiring dengan usaha meningkatkan kuasa beli pengguna sekali gus mengurangkan kesan ekonomi yang berpanjangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Fokus usaha kita ialah rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian, rakyat yang berpendapatan sederhana, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor perindustrian termasuk industri pelancongan domestik.

“Fokus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jangka pendek untuk mengembalikan ekonomi rakyat khususnya dan menjana ekonomi negara secara menyeluruh.

“Saya juga akan memastikan tiada mana-mana rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum yang tercicir atau terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pertamannya sebagai Perdana Menteri ke-9  yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Jelasnya, usaha kerajaan tidak akan terhenti malah terus bekerja bersama rakyat untuk membangunkan strategi baharu ekonomi bagi melaksanakan beberapa perubahan mendasar.

“Ini bertujuan memperkukuh asas ekonomi negara dan mengembalikan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.

“Seiring usaha mencapai objektif dan fokus tersebut, penglibatan anak muda amat diperlukan, untuk itu saya pastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan ini.

“Kepada anak muda di luar sana, jangan risau, penglibatan anda semua amat dihargai dan saya mengharapkan anda bersama dengan kerajaan ini untuk menjayakan agenda besar pemulihan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

281
Kongsi :
Previous post Teruskan, tambah baik usaha dilaksana kerajaan sebelum ini – PM
Next post PEMIKIR harap Ismail Sabri prihatin Bumiputera
Ubah saiz-+=