Sorting by

×

Teruskan, tambah baik usaha dilaksana kerajaan sebelum ini – PM

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Strategi dirangka kerajaan bagi menangani COVID-19 sebelum ini akan diteruskan dan diperkasakan serta ditambah baik dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar Kesihatan Awam negara.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulungnya hari ini selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9  secara rasmi, semalam.

Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha yang dilaksanakan sebelum ini bagi menuju pada peralihan fasa pemulihan melalui sasaran imuniti kelompok.

“Saya akan memastikan setiap intervensi dan usaha pihak kerajaan untuk menurunkan kes COVID-19 dilakukan secara lebih komprehensif.

“Ia bakal dilaksanakan melalui kerjasama strategik rentas kerajaan dengan penglibatan pemegang taruh, agensi kerajaan dan pihak swasta bagi memastikan sistem kesihatan negara kembali stabil.

“Melalui usaha berterusan kerajaan sebelum ini, kadar pencapaian vaksinasi di Malaysia merupakan antara yang terpantas di seluruh dunia.

“Malaysia konsisten memberi kadar vaksinasi yang tinggi melebihi 500,000 dos sehari,” katanya.

Ujarnya demi mencapai sasaran imuniti kelompok lebih awal, kerajaan akan memastikan inisiatif dan strategi dalam meningkatkan liputan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin diperhebat.

“Untuk itu, saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah pun memberikan kerjasama penuh dalam pengambilan vaksin.

“Keupayaan memerangi pandemik secara berkesan memerlukan komitmen daripada semua Keluarga Malaysia.

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar, rayulah ahli keluarga kita untuk segera berbuat demikian,” katanya.

Ujarnya usaha itu dapat membantu dan menghargai pengorbanan ‘frontliners’ yang bertungkus-lumus memastikan seluruh rakyat dapat segera menjalani kehidupan dalam norma baharu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

480
Kongsi :
Previous post Kerajaan umum pembelian tambahan enam juta dos vaksin- PM
Next post ‘Usaha kembalikan kesejahteraan rakyat’ – PM
Ubah saiz-+=