Sorting by

×

Usul tergempar tidak pakai tali leher diluluskan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – Persidangan Pertama, Pengggal Kedua, hari kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, hari ini dibuka dengan usul tergempar mengenai tatacara berpakaian memasuki DUN tanpa mengenakan tali leher.

Usul itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan disokong oleh Adun Gadek, VP Shanmugam.

Abdul Razak membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan 17(5)(c) yang membenarkan sesuatu usul dicadangkan tanpa notis atau secara lisan untuk menangguhkan kuatkuasa peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan 32 mengenai tatacara pakaian semasa mesyuarat dewan.

Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum menerima usul tersebut sekiranya tatacara pakaian mengikut kelaziman Ahli Parlimen atau Adun seperti pemakaian suit berwarna gelap dan memakai baju batik adalah dibenarkan.

Tambah Abdul Razak, usul itu turut terpakai untuk ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi, agensi pemerhati dan arahan itu tertakluk dari semasa ke semasa.

Selepas melalui undian, Ibrahim meluluskan usul tergempar tersebut dengan menerima sokongan dari 24 Adun, dua Adun berkecuali dan dua Adun tidak hadir.

Adun Bukit Katil, Adly Zahari tidak hadir ke persidangan terbabit kerana menghadiri Persidangan Parlimen, manakala Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer tidak hadir atas faktor tidak sihat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1719
Kongsi :
Previous post Jualan pra Ramadan tawar barangan harga patut
Next post Kedai kopi ‘port’ judi dalam talian – KM
Ubah saiz-+=