UTeM anjur webinar antarabangsa tentang keselamatan digital global dan forensik

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 21 Sept – Webinar Antarabangsa dan Forum 2021 bertajuk Keselamatan Digital Global dan Forensik Dalam Norma Baru bakal berlangsung secara dalam talian pada 23 September ini.

Acara terbuka dan percuma itu dianjurkan Jabatan Sistem dan Komunikasi Komputer, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Ketua Pusat Kompetensi Keselamatan Siber, FTMK, UTeM Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, dalam kenyataan berkata, acara itu bertujuan meningkatkan keselamatan siber global dan forensik digital dalam norma baharu melalui kerjasama antarabangsa dalam kalangan kolaborator UTeM.

Dr. Shahrin. Foto – wpfmalaysia.org.

“Bidang siber forensik amat penting bagi membolehkan penjenayah siber dapat dikesan dan bahan bukti dapat dikumpul bagi tujuan pendakwaan untuk membawa penjenayah siber ke muka pengadilan.

“Program ini menyediakan sesi menarik yang memberi tumpuan kepada forensik digital dan isu-isu semasa keselamatan siber dan cabarannya,” menurut kenyataan itu.

Acara dimulakan dengan ucaptama bertajuk, Pengajaran dan Latihan Forensik Keadaan Pandemik dan Keselamatan Haji dalam Norma Baru.

Seterunya, perbincangan panel untuk perkongsian dan untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman, kepakaran yang pelbagai, dan organisasi yang menumpu kepada Keselamatan Digital Global dan Forensik Dalam Norma Baru.

Pakar-pakar antarabangsa yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka adalah Dekan Bersekutu Pusat Pengajian Keselamatan Siber dan Forensik Digital Universiti Sains Forensik Negara Gandhinagar, Gujarat, India, Profesor Madya Dr Parag H. Rughani

Selain itu, bekas Penasihat Setiausaha Agung OIC bagi Transformasi Digital, Perancangan Strategik dan Pembangunan, Jeddah, Arab Saudi, Wajdi Homaid Alquliti, Ketua Jabatan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia, Ts Mohd Zabri Adil Talib dan Dr.Shahrin sendiri selaku Moderator.

Webinar ini akan berlangsung menerusi platform Webex https://utem.webex.com/meet/GDSF21 pada jam 2 petang (waktu Malaysia).

Untuk maklumat lanjut mengenai Webinar, sila layari laman web: https://ftmk.utem.edu.my/gdsf/

Untuk mendaftar ke Webinar dan bagi mendapatkan sijil penyertaan, sila daftar di https://tinyurl.com/RegisterGDSF21

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

820
Kongsi :
Previous post Tindakan tegas jika buru harimau di Hutan Simpan Bukit Sedanan
Next post Siber Forensik: Menjejak penjenayah siber
Ubah saiz-+=