UTeM disenarai THE World University Rankings 2021

Share and Enjoy !

Shares

DURIAN TUNGGAL 11 Sept. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Ranking 2021.

Pencapaian kedudukan berprestij senarai universiti terbaik ini diumumkan THE berdasarkan kriteria ditetapkan THE World University Rankings 2021.

Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, kedudukan itu membuktikan UTeM terus berprestij sebagai sebuah institusi kecemerlangan ilmu antara yang terbaik di peringkat dunia.

“Penarafan ini berteraskan kepada penilaian fokus kepada lima bidang utama universiti iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, sitasi, pengantarabangsaan serta ‘knowledge transfer’ yang diperkenalkan sejak 2011.

“UTeM akan terus bergiat aktif melaksanakan inisiatif baharu menambahbaik kedudukan ini pada tahun akan datang,” katanya.

Penarafan itu menyaksikan UTeM menyertai 14 universiti tempatan lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Petronas dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di pentas ini.

UTeM disenaraikan pada kedudukan iaitu antara tangga 1,000 hingga 1,527 dalam kedudukan sama dengan beberapa universiti tempatan lain iaitu Universiti Malaysia Perlis (UMP), Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat dunia.

Views:

4

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Orang ramai diminta menderma darah – MYDC
Next post PKPP: 312 ditahan termasuk 143 tidak amal penjarakan fizikal