UTeM laksana pilihanraya Kampus kaedah ‘Mobile Undi’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DURIAN TUNGGAL 18 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mewujudkan kaedah baru menjalankan Pilihanraya Kampus (PRK) menggunakan ‘Mobile Undi’.

Naib Canselor UTeM Prof Dr. Raha Abdul Rahim berkata, kaedah ‘Mobile Undi’ ini digunakan pada PRK UTeM yang diadakan pada hari ini.

“Kaedah ini memudahkan seramai 12,419 penuntut UTeM yang berada di seluruh negara untuk membuang undi bagi memilih calon ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi kali ini.

“Ia selari dengan musim pandemik, penuntut UTeM majoritinya masih berada di kampung halaman, namun tetap menunaikan tanggungjawab membuang undi secara atas talian,” katanya.

Raha berkata, jumlah kerusi yang dipertandingkan sebanyak 34 kerusi merangkumi 25 kerusi fakulti dan sembilan kerusi umum.

“Ia membariskan seramai 50 calon di mana 30 calon bagi kerusi fakulti dan 20 calon bagi kerusi umum.

“Perjalanan PRK UTeM ini digerakkan sekumpulan pelajar UTeM dikenali sebagai CEC dan dibantu Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM,” katanya.

Jelasnya, kesemua calon telah memulakan kempen secara atas talian bermula 22 Julai hingga 5 Ogos lalu.

“Kumpulan penuntut UTeM yang berada di seluruh negara turut memberi komen pengalaman baru mereka membuang undi menggunakan kaedah ‘Mobile Undi’ di musim pandemik ini.

“Adam yang berpandangan kaedah PRK kali ini sangat mudah dan menyenangkan kerana 100 peratus dilaksanakan secara atas talian dan kita tak perlu turun ke pusat mengundi,” katanya.

Views:

372
Kongsi :
Previous post Operasi pelancongan dicadang dilanjutkan ke tengah malam
Next post Pasar Malam Tanjung Bidara dipindahkan demi pelancongan
Ubah saiz-+=