UTeM penganjur bersama MTE Virtual 2022

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 9 Feb – Kepakaran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlah dan sekali lagi dipilih sebagai penganjur bersama Malaysia Technology Expo (MTE) Virtual 2022 akan diadakan pada 21 hingga 25 Mac depan.

MTE Virtual 2022 pada kali ini menyaksikan kumpulan pencipta inovasi seluruh dunia mengenengahkan hasil ciptaan produk inovasi mereka yang berimpak global.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, berdasarkan kejayaan tahun sebelumnya, UTeM sekali lagi menerajui jawatankuasa penjurian anugerah, International Innovation Awards (IIA).

Katanya ia sinonim dengan kepakaran UTeM sebagai sebuah Institusi Peneraju TVET selaras hala tuju dan konsep teknologi di universiti memperkasakan industri serta komuniti atau dikenali sebagai TUNAI.

Beliau yang juga pengerusi bagi kategori IIA berkata, secara fokusnya UTeM lebih tertumpu kepada aspek penjurian dan anugerah kepada para peserta yang mengambil bahagian kali ini.

Ujarnya, MTE Virtual 2022 menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti rantaian pingat emas, perak dan gangsa serta beberapa anugerah berprestij berupa anugerah khas dalam serta luar negara.

“Barisan panel juri adalah dalam kalangan tenaga pakar dan profesional, ahli akademik universiti ternama tempatan.

“Manakala sebahagian lagi pakar daripada agensi dan sektor industri yang berprofil tinggi peringkat nasional serta rangkaian global,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, kriteria penjurian dan agenda juga sudah dibuat perancangan rapi agar pelaksanaanya nanti memenuhi kriteria serta matlamat penganjuran.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1042
Kongsi :
Previous post Syarikat pemaju mahu selesai kes saman Melaka Gateway di luar mahkamah
Next post JPN Melaka datang rumah bantu warga emas lumpuh, uzur dapatkan MyKad baharu
Ubah saiz-+=