Sorting by

×

UTeM sambut baik kenyataan KPT

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 14 Sept – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menggariskan panduan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula Oktober depan selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ia sekali gus menyambut baik saranan dan kenyataan yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad tengah hari tadi.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr. Ghazali Omar berkata, senada dengan KPT, proses PdP di UTeM akan dilaksanakan menerusi kaedah hybrid.

“Ia termasuk secara dalam talian atau secara bersemuka bersesuaian dengan program akademik yang sedang diikuti oleh pelajar terbabit.

“Pelajar dikategorikan berkeperluan akan diberi keutamaan seperti disenarai pendek pihak fakulti sahaja yang dibenarkan mendaftar penginapan di Kolej Kediaman.

“Bagi pelajar yang berkeperluan dan tinggal di luar kampus juga boleh mengikuti PdP secara hibrid, dalam talian atau bersemuka mengikut kesesuaian kursus diambil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, bagi pelajar yang tidak kembali ke kampus pula mereka masih perlu mengikuti PdP secara atas talian mengikut kesesuaian kursus diambil.

“Kemasukan ke kampus bagi tujuan PdP ini termaktub kepada golongan pelajar yang telah lengkap dua dos vaksinasi di samping pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperincikan.

“Dari aspek kadar vaksinasi bagi kelompok kalangan warga kerja UTeM pula, sehingga hari ini UTeM telah mencapai lebih 91 peratus staf yang lengkap dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Justeru katanya, pihak UTeM terus memantau secara lebih dekat pelajar bagi proses melengkapkan dua dos vaksinasi.

“Mengenai pengumuman berhubung pengurangan yuran sebanyak 20 peratus bagi semester 1 sesi akademik 2021/2022 kepada semua pelajar warganegara, ia membuktikan KPT terus prihatin dan sentiasa cakna golongan mahasiswa,” katanya.

GHAZALI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

670
Kongsi :
Previous post Pemilihan timbalan speaker Dewan Rakyat ditangguh
Next post Program peningkatan pendapatan antara dasar kerajaan tingkat pendapatan isi rumah B-40 – PM
Ubah saiz-+=