UTeM sasar tiga bintang EMGS dan 100 kedudukan terbaik

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 27 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melancarkan Maskot Tenaga bertemakan Bangkit Bersama Cekap Tenaga pada perasmian Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS), baru-baru ini.

Ia sejajar dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang diadakan pada setiap tahun dan sambutan Hari Alam Sekitar peringkat Kebangsaan.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, penganjuran itu menyokong aspirasi universiti terhadap amalan lestari menerusi Goal 6 Pelan Strategik Universiti 2021- 2025 iaitu ‘Smart & Dynamic Campus’.

“Ia turut menyumbang sasaran peningkatan kedudukan UTeM untuk mencapai kedudukan 100 terbaik UI GreenMetric World University Ranking on Sustainability 2020.

“Serta penarafan tertinggi ke arah 3 bintang bagi Energy Management Gold Standard (EMGS) dalam pengurusan tenaga yang cekap di universiti,” katanya selepas program itu di Kampus Teknologi UTeM.

Jelasnya, kedudukan semasa UTeM dalam UI GreenMetric World University Ranking on Sustainability 2019 pada kedudukan 114 daripada 779 universiti di seluruh dunia.

“Manakala bagi penarafan EMGS 2019 pula, UTeM berjaya perolehi penarafan dua bintang daripada tiga bintang,” katanya lagi.

Untuk rekod PPAS merupakan program anjuran Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) UTeM.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) dan Prof. Madya Ts Mohd Rahimi Yusoff.

Views:

861
Kongsi :
Previous post Tokoh Maal Hijrah jadi suri tauladan buat masyarakat
Next post Yayasan DMDI aktif bantu komuniti Orang Asli
Ubah saiz-+=