Yayasan DMDI aktif bantu komuniti Orang Asli

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

ASAHAN 27 Ogos – Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bersama Sekretariat DMDI aktif mengagihkan sumbangan kepada komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Gapam Baru Bukit Senggeh.

Naib Presiden DMDI Prof Datuk Wira Dr. Mohd Jamil Mukmin berkata, sejak menjadi kampung angkat DMDI pada tahun 2011, pelbagai sumbangan diberikan atas inisiatif Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam.

“Antara sumbangan termasuklah pembinaan bangunan dewan komuniti sejumlah RM130,000, ubah suai rumah sebagai surau sementara RM5,000.

“Pembinaan surau Kampung Orang Asli Gapam Baru RM70,000, menanam pokok kelat paya dan pokok kelapa serta bantuan pek barangan keperluan harian,” katanya pada Program Merdeka@komuniti 2020, baru-baru ini.

Katanya, semua isi rumah di kampung itu yang terdiri daripada pelbagai agama turut mendapat manfaat yang sama dari DMDI.

“Walau berlainan anutan agama, DMDI tetap agihkan bantuan, terdapat sembilan orang menganut agama Islam, 20 Kristian dan 221 Anamisma.

“DMDI juga sedang merancang beberapa aktiviti secara bulanan melibatkan komuniti Orang Asli di kawasan ini,” katanya lagi.

Hadir sama Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Mohd Rizal Hashim; Pengarah JAKOA Sharani Idris; Pengarah JAIM, Datuk Md. Azhan Samat dan Pengurus Besar Yayasan DMDI Datuk Wira Zainal Hussin.

Bantuan itu dilaksanakan sejak tahun 2012 menerusi kerjasama DMDI bersama Jabatan Kemajuan Orang Asal (JAKOA), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Selain Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM), Dewan Dakwah Majlis Dakwah Negara dan tidak terkecuali badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Views:

509
Kongsi :
Previous post UTeM sasar tiga bintang EMGS dan 100 kedudukan terbaik
Next post Padah kejar bapa saudara dengan pisau
Ubah saiz-+=