UTeM terokai teknologi baharu SCI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

DURIAN TUNGGAL 14 Dis. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerokai teknologi baharu ‘Stretchable Conductive Ink’ (SCI) bagi memenuhi permintaan tinggi aplikasi industri elektronik bertaraf global.

Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, ia satu pencapaian berprestij UTeM apabila diberi kepercayaan menjayakan projek industri bertaraf global.

“Penyelidikan ini dibiayai menerusi geran industri bernilai RM1.2 juta yang dianugerahkan Collaborative Research In Engineering, Science And Technology Center (CREST) kepada UTeM dengan rakan industri, Top Empire Sdn. Bhd.

“Syukur dengan anugerah geran industri dari CREST ini kerana ia sukar diperolehi mana-mana universiti dalam negara.

“Apatah lagi menjayakan misi mendapatkan teknologi baharu bagi memberi sinar dalam sektor industri elektronik bertaraf dunia,” katanya.

Katanya, permintaan SCI semakin meningkat kerana fleksibiliti dan kemampuan pengeluarannya yang tinggi selain mengekalkan kekonduksian .

“Diharap penyelidik UTeM dapat menzahirkan kepakaran dimiliki bagi mencapai objektif penyelidikan bahan ini untuk kegunaan industri elektronik yang berkembang pesat,” katanya.

Misi penyelidikan diketua Prof Dr. Ghazali Omar bersama Penyelaras Projek Dr. Siti Hajar Sheikh Md Fadzullah serta ahli kumpulan penyelidik berpengalaman UTeM.

Terdahulu, pihak UTeM telah menjalin kerjasama strategik dengan pihak CREST dan Top Empire menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) November lalu.

CREST merupakan badan konsortium yang mendapat suntikan dana daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

Views:

466
Kongsi :
Previous post COVID-19: Jerman perketat sekatan pergerakan menjelang Krismas
Next post Bina tembok penahan ombak RM9.4 juta
Ubah saiz-+=