Varian Delta dah sampai Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PUTRAJAYA 1 Julai – Varian Delta (B.1.617.2) atau dahulu dikenali sebagai varian India kini dikesan di Melaka.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi persampelan yang dijalankan dari 23 hingga 30 Jun lalu, terdapat dua kes membabitkan varian yang paling berbahaya dan cepat merebak itu telah dikesan di Melaka.

Kes pertama yang dikesan terdapat penularan varian Delta ialah membabitkan Kluster Bukit Godek di mukim Semabok manakala satu lagi kes dikesan menerusi saringan.

Untuk rekod, Kluster Bukit Godek mula dikesan pada 17 Jun lalu membabitkan jangkitan dalam komuniti.

Mengikut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka kes mula dikesan menerusi saringan bergejala dan jangkitan telah merebak dalam kalangan ahli keluarga terdekat ditambah dengan kes juga ada menghadiri perjumpaan keluarga semasa majlis pernikahan.

Sehingga kini, kluster itu masih dikategorikan sebagai kluster aktif di Melaka dengan merekodkan keseluruhan 93 kes positif, termasuk pertambahan satu kes baharu, hari ini.

Sementara itu, KKM memaklumkan sejak 23 hingga 30 Jun, sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan di seluruh negara.

Ia membabitkan sebanyak 25 kes Variant of Concern (VOC) manakala tiga kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu;
18 kes varian Delta (B.1.617.2); lima kes varian Beta (B.1.351); tiga kes varian Kappa (B.1.617.1); dan dua kes varian Alpha (B.1.1.7).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes di seluruh negara ketika ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

948
Kongsi :
Previous post 28 kes positif, bangunan Wisma Persekutuan ditutup seminggu
Next post COVID-19 : Empat kematian, 311 kes positif
Ubah saiz-+=