COVID-19 : Empat kematian, 311 kes positif

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 1 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan empat kes kematian baharu membabitkan dua lelaki dan dua wanita hari ini.

Menurut JKN, kes kematian itu membabitkan tiga individu di daerah Melaka Tengah dan seorang di Alor Gajah.

“Kes pertama membabitkan warga emas lelaki berumur 65 tahun dari Bandar Melaka yang mempunyai sejarah penyakit strok dan dikesan positif pada 24 Jun lalu.

“Kes kedua membabitkan wanita berusia 49 tahun dari Ayer Molek yang disahkan positif COVID-19 pada 26 Jun, diikuti kes ketiga warga emas (lelaki) dari Bachang berusia 68 tahun yang disahkan positif pada 25 Jun.

“Kes keempat membabitkan wanita berusia 55 tahun dari Melekek yang disahkan positif 23 Jun serta mempunyai sejarah penyakit kronik,” kata JKN dalam catatan di Facebook rasminya.

Menurut JKN, kesemua mangsa mempunyai gejala kurang selera makan, sesak nafas, demam, batuk, sakit dada dan lemah badan.

Sementara itu, katanya, sebanyak 311 kes positif direkodkan membabitkan 180 kes penularan tempatan, satu kes import dan 130 kes banduan.

“Bagi pecahan kes, sebanyak 246 kes dikesan di daerah Melaka Tengah, 21 kes di Jasin dan 44 kes di Alor Gajah.

“Pertambahan kes menjadikan sebanyak 2,445 kes masih aktif di negeri ini yang mana 98 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” menurut kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

616
Kongsi :
Previous post Varian Delta dah sampai Melaka
Next post Melaka cadang perairan Selat Melaka dibahagi kepada tiga zon
Ubah saiz-+=