
Varian Omicron : WHO jangka peningkatan kemasukan ke hospital, kematian
GENEVA, 14 Dis – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan peningkatan dalam jumlah kemasukan ke hospital dan kematian yang berkaitan dengan strain baharu COVID-19, Omicron, lapor Sputnik.
Pada Isnin, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom mengesahkan kematian pertama berkaitan Omicron.
“Disebabkan bilangan kes yang dikaitkan dengan varian membimbangkan itu meningkat secara global, kami menjangkakan jumlah kes dimasukkan ke hospital dan juga kematian akan dilaporkan,” menurut WHO dalam satu kenyataan.
WHO memaklumkan, banyak negara masih belum mempunyai kapasiti untuk menganalisis semua kes atau kematian secara konsisten, menyebabkan sukar untuk memberi maklumat tepat mengenai kematian yang berkaitan dengan varian tertentu.
Badan dunia itu menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai Omicron akan diperoleh dalam minggu-minggu akan datang.
“Maklumat lanjut diperlukan untuk memahami sepenuhnya gambaran klinikal mereka yang dijangkiti Omicron dan WHO menggalakkan negara menyumbang kepada pengumpulan dan perkongsian data pesakit yang dimasukkan ke hospital melalui Platform Data Klinikal COVID-19 WHO,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU: AGAMA SUBUR, PERPADUAN MEKAR
AYER LIMAU 30 September - Aspek keagamaan dan kerohanian menjadi antara asas penting dalam memastikan pembangunan masyarakat di Dewan Undangan...
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
TAPEM SALUR RM8 JUTA BANTUAN PENDIDIKAN SETAKAT OGOS
AYER KEROH 30 September - Dianggarkan sebanyak RM8 juta daripada RM12 juta peruntukan tahunan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)...
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
