
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April – Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu menerusi kerja-kerja yang melibatkan kos RM5 juta akan dirasmikan dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kemudahan baharu itu dibangunkan di atas tapak Medan Ikan Bakar Sungai Punggor yang lama.
“Juga dikenali sebagai Medan Ikan Bakar Punggor @Alai, tarikan pelancongan ini mempunyai lapan unit kedai yang menawarkan pelbagai jenis hidangan berasaskan ikan bakar dan makanan laut.
“Bagi mempelbagaikan lagi produk tempatan kita turut membuka dua unit gerai yang menawarkan aneka jenis pilihan kraftangan. Selain itu peniaga asal diberika peluang untuk meneruskan perniagaan selepas kerja-kerja naik taraf dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Telok Mas di Padang Bola Taman Seri Telok Mas baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata aspek kemudahan asas juga diberikan perhatian bagi memastikan pengunjung yang datang untuk menjamu selera berasa selesa.
“Kita turut sediakan fasiliti seperti surau, taman permainan kanak-kanak, tandas serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...
TANJUNG BIDARA KEMBALI GEMILANG, TERSOHOR
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai antara destinasi pelancongan terkenal di Melaka terus diperkasakan menerusi...
BERAS MELAKA: DARI SAWAH KE MEJA MAKAN RAKYAT
AYER KEROH 2 Oktober - Dari sawah yang diusahakan pesawah tempatan hingga ke meja makan rakyat, inisiatif Beras Melaka terus...
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
