
Wajah sugul Shuib di tanah perkuburan bikin sebak
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Foto yang menunjukkan riak sugul pelawak dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menjadi tular hari ini.
Difahamkan, foto itu dirakam selepas selesai urusan pengebumian jenazah isterinya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak pada jam 1.45 tengah hari tadi.
Proses pengebumian itu telah dijalankan oleh seramai 10 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengebumian itu turut disaksikan dari jauh oleh rakan-rakan artis dan petugas media yang membuat liputan.
Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi Mark Adam dan pelakon Rebecca Nur Al Islam.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat COVID-19.
Pada Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan yang diberi nama Ayash Affan.
Hasil perkongsian hidup selama Sarah dan Shuib selama 10 tahun, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin 6, serta bayi yang baru dilahirkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
