Wanita DUN Bemban imarahkan Ramadan dengan tadarus

0
174
WANITA UMNO DUN Jasin serta penduduk menyertai penganjuran Tadarus al-Quran di Masjid Al-Muhaimin dekat Bemban.

BEMBAN 30 April – Dalam usaha mengimarahkan Ramadan kali ini, kira-kira 70 Wanita UMNO DUN Bemban menyertai program Tadarus al-Quran di Masjid Al-Muhaimin di sini.

Program anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin itu turut dihadiri Penyelaras DUN Bemban, Datuk Hasan Abd Rahman dan Naib Ketua Wanita Bahagian Jasin, Azizah Mamat.

Sempena majlis itu juga, Hasan turut melancarkan Tabung Qatam al-Quran peringkat DUN Bemban dengan menyumbang RM1,000 sebagai permulaan.

Sementara itu, menurut Azizah, program tersebut merupakan antara inisiatif pihaknya mengukuhkan silaturrahim antara wanita UMNO Jasin dengan penduduk setempat.

“Turut menyertai majlis hari ini ialah beberapa guru agama dalam DUN Bemban” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

AZIZAH

Beliau berkata, selain program tadarus, pihaknya turut mengadakan beberapa aktiviti sepanjang Ramadan ini termasuk melawat bekas ahli pergerakan itu yang uzur dan menghulur bantuan kit makanan.

Turut diadakan program memasak lambuk secara gotong-royong dan diedarkan dalam kalangan ahli pergerakan serta masyarakat setempat.

Katanya, program itu juga sebagai pengisian kerohanian pada bulan Ramadan selain menggalakkan pemahaman lebih mendalam mengenai isi kandungan al-Quran kepada anggota Wanita UMNO Jasin.

Kata beliau, selain membaca al-Quran beramai-ramai yang dipimpin Imam Masjid Al-Muhaimin, Datuk Abu bakar Shaari, peserta dapat mendengar tazkirah berkaitan fadilat membaca al-Quran.

“Kita gembira kerana program tadarus al-Quran yang dianjurkan setiap tahun dalam DUN Bemban ini terus mendapat sambutan, tidak hanya dalam kalangan anggota malah penduduk setempat,” ujar beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.