Wanita penjawat awam Melaka antara ditahan dadah

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 17 Jan – Seorang wanita yang juga penjawat awam bertugas di negeri ini antara dua ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superitendan Zulkiflee Rashid berkata, wanita berkenaan ditahan bersama seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pulau Gadong, sekitar 12.50 tengah malam 16 Jan lalu.

“Hasil serbuan, kami merampas 42 gram syabu dan empat biji pil yaba dianggarkan bernilai RM4,240.

“Ujian air kencing mendapati suspek lelaki bekerja sebagai buruh positif methamphetamine, manakala suspek wanita berkenaan didapati negatif.

“Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari hingga 22 Jan depan bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Beliau, memberi amaran kepada semua penjawat awam negeri ini agar tidak terbabit dalam sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, bagi tempoh 1 hingga 16 Jan lalu polis menahan empat penjawat awam di negeri ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, 39A(1)dan 39A(2) ADB dan Seksyen 30 (3)Akta Racun 1952.

“Hasil siasatan kes membabitkan penjawat awam bagi tempoh berkenaan kami merampas 1.2 kilogram ganja, 48.95 gram syabu, empat biji pil yaba dan 27.6 liter air ketum bernilai RM8,331,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1206
Kongsi :
Previous post Dokumen sokongan diperlukan untuk bantu Rohana – Hamzah
Next post Saya tak melarikan diri – Presiden FAM
Ubah saiz-+=