Wanita tikam diri sendiri selepas kelar leher anak

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KOTA LAKSAMANA 12 Julai – Sebuah  perumahan di Taman Kota Laksamana, di sini, gempar dengan penemuan mayat wanita dengan beberapa kesan tikaman, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mayat wanita berusia 56 tahun itu dipercayai membunuh diri selepas mengelar leher anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Menurut adik mangsa yang enggan dikenali, dia bergegas ke rumah berkenaan selepas dihubungi ibunya.

Katanya, sewaktu tiba di rumah kakaknya itu, dia melihat anak mangsa berusia 26 tahun sudah berlumuran darah pada leher sebelum memaklumkan ibunya sedang memegang pisau.

“Apabila masuk ke ruang tamu di tingkat atas, saya melihat kakak sudah tertiarap di lantai dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

“Terdapat percikan darah di dinding dan saya difahamkan ada tiga kesan tikaman pada bahagian perut kakak,” katanya.

Menurutnya lagi, anak saudaranya memaklumkan sebelum kejadian, ibunya terlebih dahulu menyuruhnya memakan ubat dan tidur.

“Tidak lama selepas itu, ibunya tiba-tiba bertindak menikam leher anaknya menggunakan pisau namun dia sempat menyelamatkan diri dengan mengunci diri di dalam bilik.

“Dia yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7074
Kongsi :
Previous post Kerapkan gotong-royong musnah sarang Aedes
Next post OSHWEEK 2023 disambut sepanjang Julai dan Ogos
Ubah saiz-+=