Warga emas diugut dan disamun barang kemas bernilai RM6,000

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

ALOR GAJAH 10 Sept – Seorang wanita warga emas trauma akibat disamun dan kehilangan barang kemas bernilai kira-kira RM6,000 dalam kejadian di Kampung Gadek, dekat sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa berusia 34 tahun memaklumkan kediaman keluarganya dimasuki seorang lelaki bertopeng pada jam 1.40 pagi.

Katanya, mangsa berusia 74 tahun itu tinggal di rumah berkenaan bersama suami yang juga pesara polis berpangkat sarjan berusia 86 tahun.

“Ketika kejadian, mangsa pergi ke bilik air dan sekembalinya ke bilik tidur, dia didatangi suspek yang menerkam serta menekan badannya di atas katil.

“Suspek bertindak menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mengugutnya supaya tidak melawan atau menjerit sekiranya tidak mahu dicederakan.

“Mangsa yang ketakutan menyerahkan seutas rantai emas dan dua gelang tangan emas yang dipakai sebelum suspek melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd Sukri, mangsa mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM6,000 bagi ketiga-tiga barang kemas itu.

“Susulan kejadian itu, polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun,” katanya.

Sementara itu, Mohd Sukri dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Asisten Superintendan Azmi Shah Abd Aziz mengambil inisiatif menyantuni mangsa dan suaminya di kediaman mereka di Jalan Kolam Air, Kampung Gadek hari ini.

Dalam lawatan itu, Mohd Sukri sempat berkongsi pandangan berkaitan penugasan polis bersama suami mangsa dan menyerahkan sumbangan bakul makanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

335
Kongsi :
Previous post Kit ujian COVID-19: Lagi murah lagi bagus, tapi…
Next post BKC: Sejumlah RM12.3 bilion disalurkan kepada hampir RM10 juta penerima – Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=