
Warga emas sesak nafas ketika daki Bukit Beruang
AYER KEROH 15 Julai – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti pendakian di Hutan Rekreasi Bukit Beruang, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, lelaki berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hanif Mustafa, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.43 pagi sebelum menggerakkan sembilan anggota ke lokasi.
Katanya, anggota tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian dan mendapati benar terdapat lelaki berusia 70 tahun mengalami sesak nafas semasa mendaki.
“Ketika kejadian lelaki berkenaan berada di Chekpoint 1 Hutan Rekreasi Bukit Beruang dalam keadaan sedar.
“Pasukan bomba telah memberikan rawatan awal kepadanya dan kemudian membawa mangsa ke tempat selamat,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa oleh isterinya ke sebuah pusat perubatan swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Operasi tamat pada jam 10 pagi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
84 KOMUNITI MADANI JADI JENTERA AKAR UMBI SEMARAK KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
AYER KEROH 16 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka digerakkan bagi perhebat kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan...
AMBULANS PBT MELAKA KENDALI 600 KES KECEMASAN
AYER KEROH 16 Ogos - Lebih 600 kes kecemasan telah dikendalikan menerusi Operasi Ambulans (OBT Ambulans) Kerajaan Negeri Melaka, iaitu...
‘SAYA TIDAK MAHU ADA RAKYAT TIADA MAKANAN DI RUMAH’
TELOK MAS 16 Ogos – Komitmen membantu golongan memerlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas tidak terhad kepada program...
JIWA MERDEKA TAMAN BUKIT RAMBAI
KLEBANG 16 Ogos - Jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat Taman Bukit Rambai terus terserlah apabila hampir 200 Jalur Gemilang diagihkan...
FELDA HUTAN PERCHA JADI PILIHAN NEGARA LUAR
MACHAP JAYA 15 Ogos - Felda Hutan Percha terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kawasan berkenaan sekali lagi bakal dipilih...
