TMM2024: Seafarer Explorer sumbang bot untuk cabutan bertuah

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KUALA LUMPUR 15 Julai – Pelancong khususnya kaki pancing bercuti di negeri ini sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berpeluang membawa pulang sebuah bot menerusi hadiah cabutan bertuah yang akan diadakan nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Seafarer Explorer, Mike Thein berkata, pihaknya menyumbang bot berkenaan sebagai hadiah cabutan bertuah bagi menyambut saranan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk menjadi rakan strategik dalam menjayakan serta memeriahkan lagi TMM2024.

Katanya, selain sumbangan bot pihaknya turut merancang untuk menganjurkan pelbagai lagi aktiviti sukan dan pelancongan air termasuk ‘power boat race’ sirkit ASEAN di Melaka.

“Kami bercadang untuk anjurkan sukan air di Pantai Kundor selain produk ‘island hopping’ kerana perairan Melaka mempunyai banyak pulau yang cantik dan sudah diumumkan sebagai taman laut.

“Menggunakan jaringan yang ada kami akan promosikan TMM2024 kepada rakan di negeri lain termasuk peringkat antarabangsa seperti di Maldives.

“Negeri Melaka boleh menjadi ‘window of the world’ menerusi kerjasama silang dengan pemain pelancongan antarabangsa,” katanya ketika ditemui di tapak Festival TMM2024 di Pusat Pelancongan Melaka (MaTiC), Jalan Ampang, di sini, hari ini.

photo1689411996
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Seafarer Explorer, Mike Thein ketika ditemui di Festival TMM2024 di Pusat Pelancongan Melaka (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut Mike Thein, bercadang untuk menempatkan bot yang disumbangkan di lokasi tumpuan pelancong sekitar Negeri Melaka bagi tujuan promosi namun ia bergantung kepada kebenaran pihak berkuasa.

“Pihak kami berbangga kerana dapat bersama-sama menjayakan TMM2024 dan berharap lebih banyak badan korporat tampil bersama-sama menjayakan hasrat Kerajaan Negeri dalam merancakkan sektor pelancongan Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1453
Kongsi :
Previous post Warga emas sesak nafas ketika daki Bukit Beruang
Next post Seni yang menyeramkan
Ubah saiz-+=