Seni yang menyeramkan

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad

AYER KEROH 15 Julai – Orang Melayu dan Nusantara ‘dulu-dulu’, tidak dapat dipisahkan dengan kemahiran seni halus dalam pelbagai jenis pembuatan barangan, arca dan monumen.

Tetapi tahukah anda, kemahiran seni halus itu turut diaplikasikan pada pembuatan batu nisan?

Meskipun bunyinya agak ‘menyeramkan’ kerana ia membabitkan tanda tempat persemadian individu sudah meninggal dunia, namun itulah keunikan yang masih boleh dilihat di Tapak Warisan Nisan Aceh di Bukit Beruang, di sini.

Material batu nisan yang terdapat di sini amat eksotik kerana ia dikatakan diperbuat daripada batu Aceh iaitu sejenis batu lahar gunung berapi yang dipahat dan dibentuk menjadi peninggalan sejarah.

2
PAPAN tanda Tapak Warisan Nisan Aceh. Foto: MR. AZLI

Batu nisan khas ini kebiasaannya hanya digunakan pada pusara milik raja dan para pembesar pada ketika itu.

Terdapat beberapa jenis batu nisan Aceh antaranya jenis papan, segi empat sama, jenis kerucut terbalik terpotong segi lapan sama, segi lapan dan berbahu empat serta kerucut terbalik potong bulat.

Batu nisan bentuk ini dibawa dari tanah Aceh ke Tanah Melayu atas pesanan keluarga Raja, Pembesar dan orang kenamaan mulai dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad 15 hingga ke abad 18.

Malah, sepasang batu nisan Aceh yang terletak di luar tanah perkuburan di sini adalah antara yang tercantik terdapat di Malaysia.

8
NISAN Aceh tempat persemadian Datuk Samsudin Aroom, seorang Kapten Melayu di zaman Belanda sekitar pertengahan kurun ke-18. Foto: MR. AZLI

Ia dikatakan kepunyaan Datuk Samsudin Aroom, seorang Kapten Melayu di zaman Belanda sekitar pertengahan kurun ke-18.

Allahyarham merupakan Kapitan Melayu kedua yang dilantik semasa pemerintahan Belanda menggantikan bapanya yang juga pengasas kepada pembinaan Masjid Kampung Hulu pada tahun 1728.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1967
Kongsi :
Previous post TMM2024: Seafarer Explorer sumbang bot untuk cabutan bertuah
Next post Lebih 10,000 Sukarelawan ATM, Askar Wataniah dicarum di bawah Perkeso
Ubah saiz-+=